Pembayaran

Kami menawarkan beberapa cara pembayaran untuk memudahkan pembelian online anda di SBX. Semua transaksi pembayaran dikira dalam Ringgit Malaysia dan berdasarkan kadar tukaran wang ketika hari transaksi.

Kad kredit

Buat masa ini, kami masih belum boleh menerima pembayaran menerusi kad kredit.

Debit secara langsung (direct debit)

Pembayaran semua produk boleh dilakukan melalui debit secara langsung. Antara bank-bank yang boleh anda gunakan untuk melakukan pembayaran dengan cara ini adalah:

  • Maybank (maybank2u)
  • CIMB (CIMB Clicks)
  • UOB
  • Public Bank
  • Hong Leong
  • RHB
  • AmBank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • Alliance Bank
  • Affin Bank
  • Bank Rakyat
  • Standard Chartered

Pencegahan penipuan kad kredit

Kami mempunyai hak untuk meminta dan mendapatkan maklumat kad kredit dari pelanggan untuk memastikan dan mengesahkan sekuriti pembayaran melalui Internet.

Jika pelanggan tidak memberi maklumat ini atau jika ada transaksi yang terbukti mempunyai unsur penipuan, kami mempunyai hak untuk membatalkan pesanan DAN akaun pelanggan.

Maklumat yang kami minta adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk proses verifikasi sahaja.

Pemulangan semula barang

Pelanggan berhak memulangkan barang sekiranya barang yang diterima rosak, tidak sampai atau tersalah maklumat (model, saiz, warna dan sebagainya).

Selain daripada itu, anda perlu memberi laporan pemulangan barang dalam tempoh 15 hari selepas barang diterima. Selepas dari tempoh tersebut, kami tidak akan melayan kes anda.

Semua wang akan dikreditkan semula ke akaun yang pelanggan gunakan untuk membuat pembayaran dan mungkin mengambil masa 5-7 hari bekerja bergantung kepada cara pembayaran, kesulitan kes dan bank.