Bila saya akan menerima pesanan saya?

Sebaik sahaja anda membuat pembayaran kepada pesanan anda, kami akan menghantar mesej pengesahan penerimaan pesanan kepada anda melalui emel.

Selepas pesanan anda telah diverifikasi, anda akan menerima pesanan anda dalam masa berikut bergantung kepada lokasi penghantaran anda:

Di kawasan bandar: 1-6 hari bekerja (tak mengira Ahad dan cuti umum)
Di kawasan luar bandar: 3-10 hari bekerja (tak mengira Ahad dan cuti umum)

Adakah SBX menawarkan penghantaran barang ke luar Malaysia?

Setakat ini kami tidak menawarkan penghantaran ke luar Malaysia.

Apakah caranya untuk saya mengetahui status penghantaran barang yang sudah saya pesan?

Selepas pesanan anda dipos, kami akan menghantar maklumat menjejak pesanan yang mengandungi ‘tracking number’ ke emel anda.

Untuk mengetahui cara untuk menjejak pesanan anda, anda boleh melawati dua pautan ini: http://www.poslaju.com.my/track-trace/ & https://secure.easyparcel.my/pass/?pg=EasyTrack

Bolehkah saya mengambil sendiri barang yang saya pesan di SBX?

Jika anda melakukan pembayaran di SBX dan mahu mengambil sendiri barang tersebut, anda boleh berbuat demikian dengan memaklumkan pegawai perhubungan pelanggan kami, En. Husaini di talian +60123663973

Cash on delivery (COD) tidak dibenarkan. Semua pembayaran mestilah melalui sistem pembayaran di laman web SBX.