Notis Data Peribadi

Dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturannya, notis ini adalah dikeluarkan kepada semua pelanggan kami yang dihargai dan/atau bakal pelanggan kami. Notis ini akan memaklumkan anda tentang hak anda berkaitan dengan data peribadi anda yang telah dan/atau akan dikumpul dan diproses oleh kami.

Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi

Kami telah dan akan mengumpul data peribadi anda untuk diproses oleh kami bagi pihak anda untuk urusan pada masa kini atau masa depan anda dengan Semuanya Bola/ The SBX, anak syarikat, syarikat bersekutu dengannya, rakan kongsi usaha samanya, termasuk semua pemegang saham, pengarah, pekerjanya, pembekal, kontraktor dan/atau orang yang dibenarkan (“kami”, atau “The SBX”). Maklumat peribadi anda membolehkan kami mencapai Tujuan-tujuan dalam klausa 3 sini yang berkaitan dengan perniagaan kami.

2. Sifat Data Peribadi

Data peribadi yang anda menyediakan termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, umur, nombor kad pengenalan atau nombor pasport, alamat surat menyurat, alamat pejabat, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, butir-butir kanak-kanak dan/atau penjaga, pekerjaan, maklumat kenalan, termasuk alamat e-mel, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, nombor faks, dan nombor telefon pejabat, butir-butiran majikan, butir-butiran tanggungan dan/atau ahli keluarga, bangsa, kewarganegaraan.

3. Tujuan-Tujuan

Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan-tujuan berikut:

a. Perjanjian & Urus Niaga

Kemasukan perjanjian yang perlu, kontrak, memorandum, dan/atau urusan untuk membeli produk atau perkhidmatan daripada kami, termasuk perjanjian jual beli dan lain-lain;

Penilaian kredit dan semakan latar belakang lain yang kami fikirkan perlu atau sesuai;

Pungutan pembayaran tertunggak daripada pelanggan-pelanggan kami di bawah perjanjian-perjanjian;

Penghantaran notis, dokumen, borang, dan dokumen lain di bawah perjanjian-perjanjian, kontrak-kontrak, memorandum-memorandum dan / atau aturan urusan lain;

Pelaksanaan obligasi-obligasi lain yang perlu di bawah perjanjian-perjanjian, kontrak-kontrak, memorandum-memorandum dan/atau aturan urusan lain.

b. Perkhidmatan & Produk

Penyampaian perkhidmatan utama kami dan produk kami sama ada pada masa kini atau masa depan;

Prosedur pengurusan hubungan pelanggan yang kami fikirkan perlu dan patut;

Pemprofilan aktiviti-aktiviti pelanggan-pelanggan kami yang berkaitan dengan perkhidmatan dan produk kami;

Komunikasi dengan anda dan penyampaian maklumat melalui e-mel, cara komunikasi, termasuk panggilan telefon atau mesej teks atau media sosial tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kelas Pihak Ketiga di bawah kausa 8 di sini;

Tujuan-tujuan lain yang diperuntukkan dalam perkhidmatan atau produk khusus yang ditawarkan oleh kami.

c. Rekod Dalaman & Luaran (Pemasaran)

Pemasaran produk / perkhidmatan kami kepada anda sama ada pada masa kini atau masa depan;

Bagi tujuan-tujuan yang berkaitan dengan mana-mana di atas, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyelidikan, penanda aras dan analisisa statistik;

Penyimpanan rekod dalaman;

Pengurusan latihan kakitangan dan jaminan kualiti

d. Pematuhan Undang-Undang

Pencegahan, laporan bagi apa-apa jenayah termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, rasuah dan pengubahan wang haram;

Pematuhan kepada mana-mana undang-undang atau peraturan terpakai yang berkaitan dengan perkhidmatan / produk kami dan untuk mendedah di bawah keperluan mana-mana undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, perintah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod berkenaan kepada kami atau mana-mana yang berkaitan, anak syarikat, syarikat-syarikat berkaitan dalam kumpulan kami;

Siasatan, jawapan dan pembelaan segala tuntutan terhadap SBX.

Sumber

Sumber-sumber yang kami memperoleh data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada borang tempahan, borang pendaftaran, borang online, kad nama atau mana-mana bahan pengenalan yang telah diedarkan secara sukarela melalui laman web, telefon bimbit dan/atau pusat panggilan; dan direktori perniagaan atau senarai yang anda telah melanggan untuk berkongsi maklumat anda dan lain-lain.

Kelas Pihak Ketiga

Secara amnya, data peribadi anda dengan kami akan dirahsiakan. Dengan ini, anda telah bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda kepada kategori pihak berikut:

a. Syarikat bersekutu, anak syarikat, syarikat-syarikat yang berkaitan dengan syarikat kami;

b. Rakan kongsi perniagaan kami termasuk syarikat sekutu perniagaan atas talian, peruncit, pengedar, agen yang menyediakan, membekal, mengedar atau berurusan secara umum perkhidmatan atau produk kami yang berkaitan dengan perniagaan kami dan berhubung dengan program-program kesetiaan dan program-program lain;

c. Juruaudit kami , perunding perniagaan, akauntan, peguam atau penasihat profesional yang lain dan / atau perunding sebagaimana yang kami fikirkan perlu dan sesuai;

d. Sub- kontraktor atau penyedia perkhidmatan atau produk pihak ketiga sebagaimana yang kami fikir perlu atau yang sesuai termasuk syarikat caj dan/atau kad kredit, institusi kewangan dan/atau syarikat-syarikat pemasaran atau entiti;

e. Mana-mana pihak yang kami diwajib atau dikehendaki bawah undang-undang atau sebagai tindakbalas kepada suatu pihak berkuasa tempatan atau negeri atau persekutuan, pengawal selia industri , agensi penguatkuasa, pihak berkuasa berkanun, mahkamah, tribunal, pusat timbang tara, pesuruhjaya atau majlis atau persatuan undang-undang yang diberi kuasa oleh undang-undang.

Kewajipan Anda

Adalah wajib bagi anda untuk membekalkan data peribadi anda kepada kami dengan kaedah yang paling tepat. Sekiranya anda tidak membekalkan data peribadi anda, kami tidak dapat memproses data peribadi anda untuk anda bagi Tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam klausa 3 ini dan semua hubungan yang diwujudkan atau yang akan diwujudkan antara kami hendaklah kemudiannya ditamatkan dan diberhentikan serta-merta.

Hak-Hak Anda

a. Hak meminta akses kepada data peribadi

Anda berhak untuk meminta akses kepada data peribadi anda yang diproses oleh kami dengan notis yang munasabah.

b. Hak meminta pembetulan data peribadi

Anda berhak untuk meminta pembetulan data peribadi anda yang dipegang oleh kami dengan notis yang munasabah. Berkenaan dengan ini, anda boleh:

i. Meminta pembetulan dan/atau mengemaskinian data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini; dan

ii. Meminta untuk menyimpan data peribadi anda untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam klausa 3 ini.

c. Hak menghadkan pemprosesan data peribadi anda

Anda berhak untuk menghadkan pemprosesan kami dengan data peribadi anda dengan permohonan untuk menarik balik kebenaran anda sepenuhnya dalam setiap kes sebelum ini, termasuk tujuan untuk pemasaran langsung dan tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan dalam tempoh masa yang munasabah.

Butir-butir hubungan untuk membuat pertanyaan dan aduan mengenai data peribadi
Jika anda ingin untuk melaksanakan hak-hak anda dalam klausa 7 untuk membuat pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi anda, polisi, prosedur berhubung dengan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami melalui maklumat berikut:

Nama Syarikat: SBX Commerce Sdn Bhd (1236543-A)
No. Telefon: +60132466253
E-mel: [email protected]
Alamat: A-9-06, Block A Level 9, Pangsapuri OCR Boulevard, Jalan Kenanga, PJU 6A, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Maklumat-maklumat lain

Anda boleh melawat Dasar Sekuriti (Security Policy) kami untuk mengetahui bagaimana kami menyimpan data peribadi anda.