HM+ Joints & Muscles Relaxing Cream

RM35.00

20 in stock

Category:

Description

Hilangkan lenguh sendi dan otot
Satu sapuan bertindak dua kali lebih pantas dengan kesan lebih lama

Lutut & Sendi
Kurangkan kesakitan lutut dan sendi akibat aktiviti fizikan, aktif bersukan, kecederaan ringan dan masalah kesihatan lain

Pinggang & Belakang
Legakan lenguh dan sengal di bahagian belakang dan pinggang akibat keletihan bekerja seharian.

Bahu & Tengkuk
Meringankan kesan tidak selesa di bahu dan tengkuk kerana tekun menghadap komputer dan telefon bimbit.

Kegunaan Luaran
Sesuai untuk sapuan luaran di bahagian kulit untuk mengurangkan sakit otot dan sendi seperti lutut, bahu, pinggang, tengkuk dan bahagian belakang.

Aktiviti Fizikal
HM+ Relaxing Joints & Muscles Cream juga sesuai untuk aktiviti fizikal seperti bersenam dan beriadah.

Selamat Digunakan
Produk didaftarkan dibawah notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT 190904805K) dan diuji bebas dari unsur berbahaya.

Formula baru lebih istimewa
Lebih pantas dan lebih lama

HM+ Relaxing Joints & Muscles cream telah dinaik taraf berdasarkan krim THM sebelum ini. Kalau sebelum ini sudah cemerlang, kini ianya lebih amazing! Formulasi baru dengan pelbagai keistimewaan ini:

  • Bertindak menyerap ke kulit dengan 2 kali lebih pantas.
  • Kesan ‘menthol’ berangin lebih tahan lama berbanding produk lain.
  • Tanpa rasa kesan panas, melecet atau terbakar.
  • Sesuai digunakan untuk kecederaan ringan atau bengkak.
  • Bauan aromatherapy yang lebih menyenangkan.
  • Pengunaan lebih selesa tanpa melekit atau berminyak.

Melegakan Lenguh Bahu dan Tengkuk
Sakit bahu dan tengkuk akibat tersilap bantal?

Salah bantal? Atau sengal-sengal tengkuk duduk menghadap komputer seharian di pejabat? Baca buku dengan tekun sesi exam dah dekat? Bahu terasa lenguh dan kebas akibat terlampau fokus dengan tugas?

Sapukan HM+ Relaxing Joints & Muscles yang sangat melegakan. Simpan satu unit di pejabat atau di kolej untuk kesegaran segera.

Cuba bagi rakan-rakan rasa sambil tolong diorang kerja dengan lebih produktif. Boss! Sila bekalkan office dengan HM+ bagi meningkatkan produktiviti.

Sakit Pinggang & Belakang
Semak postur duduk dan gunakan HM+

Duduk lama sangat dengan kedudukan yang salah (‘bad posture’) merupakan sebab utama sakit pinggang. Kadang-kadang tersilap posisi tidur pun sama. Ditambah lagi memandu berjam-jam pada setiap hari terperangkap dalam traffic jam.

Terseksa dengan rasa sakit belakang dan sakit pinggang yang tak hilang-hilang?

Jadi kenapa kita nak biarkan sakit tu lama-lama sedangkan dah ada HM+ Relaxing Joints & Muscles cream yang terbukti berkesan? Dah! jangan tahan-tahan sakit tu.. sapu je HM+.

Mengurangkan Sakit Pinggang & Belakang
Kesegaran segera, lebih selesa dan lebih produktif

Sakit Lutut dan Sendi
Hidup lebih aktif dengan bersukan

Sakit lutut dan sendi boleh berlaku akibat aktiviti fizikal atau bersenam. Ia disebabkan oleh tekanan yang berterusan pada lutut dan sendi hingga terjadinya keradangan dan/atau kecederaan pada bahagian ini.

Juga boleh disebabkan oleh kekurangan pelincir pada lutut akibat faktor umur yang meningkat serta kesan obesiti dengan pertambahan berat badan.

Sapukan HM+ untuk kesan kelegaan lebih pantas. Jangan lupa untuk dapatkan nasihat pengamal perubatan yang bertauliah jika sakit berterusan.

Kepenatan dengan Aktiviti Seharian
Mengatasi masalah susah tidur akibat kepenatan

Lenguh-lenguh badan dan kepenatan boleh akibatkan susah nak tidur. Tidur pun tak lena. Betul tak? Tak kira lah, akibat dari semangat bersukan atau kepenatan seharian bekerja ditambah pula terperangkap dalam kesesakan trafik.

Esok pagi pergi kerja, rupa dah macam zombie! Kawan satu office nak tegur pun takut hehe..

So, sebelum tidur tu, sapu HM+ di bahagian sendi, lengan dan betis. Sapu juga sedikit di bahagian dada. Kaedah ni dapat menyejukkan badan.. Betul! Macam ada depan penyaman udara. Rasa sungguh nyaman dengan bauan aromatherapy yang menyenangkan. Kini kita boleh tidur lebih nyenyak dan cergas!

Aktiviti Fizikal
Sesuai digunakan sebelum dan selepas aktiviti fizikal

HM+ boleh membantu sebagai ‘pemanas’ otot bagi menjalankan aktiviti fizikal seperti bekerja, bersukan mahu pun aktiviti lasak. Sapukan pada bahagian badan terutamanya betis dan peha sebelum sesi warm-up.

Tak kira apa juga jenis pekerjaan, riadah, bersenam dan bersukan seperti bermain bola sepak dan badminton, mendaki gunung, jogging atau merentas desa, masuk ke gym, bermain futsal dan sebagainya.

Rasa sakit atau lenguh-lenguh selepas aktiviti fizikal? Sapukan juga bagi kelegaan lebih pantas!

Sesuai untuk Semua Peringkat Umur
Kegunaan luaran tanpa kesan berlebihan

HM+ Relaxing Joints & Muscles cream sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Golongan dewasa, warga emas dan kanak-kanak lebih 5 tahun boleh dapat manfaat dengan pantas.

Lenguh dah kurang, jangan lupa ibu-bapa kita yang sudah berusia juga amat memerlukan. Jangan lupa juga kepada atuk, nenek, tok wan, opah, nyai, dan yaei kita tu. Kasihi mereka. Dapatkan HM+ dan tolong urut-urut sikit. Apa sangat HM+ ni kalau nak bandingkan dengan jasa dan kasih mereka.

Jangan lupa pulak anak-anak kita. Minggu depan ada larian merentas desa. Ada aktiviti sukan sekolah. Tu belum lagi petang-petang main bola, badminton atau main kejar-kejar dengan kawan-kawan.

Kegunaan Umum
Mengurangkan kesakitan secara luaran

HM+ juga boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan secara umum. Sapukan dibahagian luar yang berkaitan bagi meringankan kesakitan. Boleh digunakan bagi:

  • Mengurangkan sakit kepala dan pening.
  • Mengurangkan ‘period pain’.
  • Mengurangkan bengkak dengan lebih berkesan.

Gaya Hidup Aktif dan Sihat
Untuk semua peringkat umur

Sesuai untuk Bersukan dan Aktiviti Lasak
Hidup cergas dan aktif dengan HM+

Kita semua tahu kepentingan bersukan, atau aktiviti lasak sebagi gaya hidup sihat. Aktiviti fizikal seperti bersenam, berbasikal, bermain badminton, bola sepak, futsal atau mendaki gunung boleh mengeluarkan peluh.

Penting bagi kesihatan dengan aktiviti senaman kardio (cardio exercise), ia meningkatkan denyutan jantung atau “heart rate” dan membakar lemak dari tubuh badan.

Dengan bersukan, kita boleh jadi lebih cergas dan tidak berasa lesu seharian. Belum lagi manfaat dapat mengawal berat badan. Tak nak kurus ke?

Kenapa tak bersukan walau ianya penting? Sebab utama adalah kehadiran rasa sakit dan lenguh terutamanya pada betis dan peha selepas bersukan.

Jangan lupa lakukan aktiviti secara beransur-ansur tanpa langkah drastik. Mulakan dengan proses warm-up dan cooling down selepasnya. Gunakan juga HM+ Relaxing Joints & Muscles cream sebelum dan selepas aktiviti.

Untuk semua aktiviti fizikal dan lasak
Manfaat kecergasan dan keselesaan otot dan sendi dengan HM+

Formulasi HM+
Kesan istimewa manfaat bersama
HM+ Relaxing Joints & Muscles diformulasikan secara istimewa dengan kandungan bahan-bahan alami:

  • Minyak halia bagi anti-radang & anti-septik.
  • Minyak Eucalyptus melegakan sakit-sakit badan.
  • Minyak Tea Tree untuk merawat masalah kulit.
  • Minyak zaitun untuk kelembapan dan keanjalan kulit.
  • Minyak pudina bagi kesan ‘menthon’ dan berangin.
  • Minyak serai anti-fungal mengurangkan kesakitan.

FAQ

Apa itu HM+?
HM+ Relaxing Joints & Muscles cream adalah krim yang dirumus khas bagi mengurangkan lenguh-lenguh dan kesakitan otot dan sendi.

Adakah HM+ selamat digunakan?
HM+ dirumus dari campuran bahan-bahan alami. Ia didaftarkan atas Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor NOT 190904805K. HM+ juga telah diuji bebas dari sebarang unsur berbahaya dengan nombor rujukan ALJB167153.

Adakah saya alergik terhadap HM+?
Lihat kandungan formulasi HM+ ini. Elakkan menggunakan produk ini jika anda alergik terhadap kandungan tersebut. Jika terdapat tanda-tanda alergik, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat dari pengamal perubatan yang bertauliah.

Adakah HM+ sesuai untuk semua peringkat umur?
HM+ sesuai untuk peringkat dewasa, warga emas dan kanak-kanak yang berumur lebih dari 5 tahun dan ke atas.

Adakah HM+ ini berbau?
HM+ bertindak sebagai relaxing joints & muscle cream. Untuk keselesaan penggunaan, ianya tidak berbau seperti ubat-ubatan dan minyak urut. Ia dirumus dengan baun aromatherapy yang menyenangkan.

Adakah HM+ boleh digunakan terhadap luka dan bengkak?
HM+ mempunyai kandungan yang bersifat anti-septik dan anti-inflammatory. Ia juga mempunyai formula yang sesuai untuk kelembapan dan keanjalan kulit. Ia boleh digunakan untuk bahagian kulit dengan luka ringan dan bengkak tanpa kesan pedih. Feedback dari penggunaan HM+ termasuk mengurangkan bengkak dengan berkesan.