Diasaskan pada tahun 2016, SBX ditubuhkan sebagai hub barangan sukan dan gaya hidup aktif dari pelbagai jenama terkenal dari Malaysia dan seluruh dunia.

Di SBX, kami menawarkan pakaian, kasut, aksesori, buku dan teknologi, khas untuk anda yang mahu bersukan dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Kami fokus kepada jenama-jenama yang mempunyai cerita di sebalik produknya, sama ada cerita ilham penghasilan produk mereka atau cerita kualiti dan teknologi yang dibawa oleh produk mereka.

Pelanggan SBX adalah keutamaan kami. Segala usaha yang kami lakukan adalah untuk anda seperti:

  • menghasilkan penulisan dan video yang berinspirasi dan menarik
  • menjelajah seluruh dunia untuk mencari produk baru dan memukau
  • bekerjasama dengan vendor produk yang telah melepasi piawaian kualiti kami yang ketat

Kami harap anda menikmati pengalaman membeli-belah yang terbaik dengan kami di SBX. Anda dipersilakan untuk sentiasa menghubungi bahagian Servis Pelanggan kami jika ada sebarang soalan, aduan, komen dan pemerhatian.