Terma

Di SBX, kami komited untuk menjadikan pengalaman membeli-belah anda mudah dan lancar. Sila baca terma dan syarat-syarat kami sebelum membuat pembelian dengan kami. Sila pastikan andatelah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi dan mengikuti terma dan syarat di bawah beserta polisi kerahsiaan kami.

Membuat pembelian

Di SBX, kami tidak boleh membatal, mengubah atau menggabungkan pesanan yang dibuat secara berasingan dan yang sudah dibayar. Sila pastikan barangan, warna, saiz, kuantiti dan alamat adalah tepat sebelum anda membuat pembayaran.

Pembundaran nombor yang ditunjukkan di invois (jika ada) adalah rujukan titik perpuluhan hasil beberapa mekanisme perbundaran nombor.

Kami mengepos semua pesanan yang dibuat sebelum 1pm, setiap Isnin-Jumaat pada hari sama melalui PosLaju. PosLaju melakukan penghantaran pada setiap Isnin-Sabtu tak termasuk Sabtu pertama setiap bulan dan cuti awam yang berlangsung di Malaysia.

Apabila Pengesahan Pesanan dihantar ke emel anda, produk anda berada di bawah tanggungjawab pihak ketiga (pembekal servis penghantaran pos) dan kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan pesanan anda jika bukti pengeposan dibekalkan. Sebarang aduan perlulah dibuat kepada pihak ketiga (pembekal servis penghantaran pos) dan kami akan membantu usaha anda untuk mendapatkan ganti rugi (jika ada).

Untuk sebarang pesanan antarabangsa, duti kastam dan import yang dikenakan ke atas pesanan yang tiba di negara destinasi (jika ada) mestilah dibayar sendiri oleh penerima pesanan. Barangan yang dijual dan dihantar ke luar negara (luar Malaysia) tidak dicas GST

Pembayaran

Semua pembayaran yang dibuat mestilah dibuat kepada THESBX.COM. Urusan pembayaran tak dikira lengkap selagi semua amaun pembayaran tidak diterima oleh kami.

Harga dan kadar penghantaran tertakluk kepada perubahan tanpa notis tetapi tidak akan mempengaruhi pesanan yang telah pun diterima oleh pihak kami.

Pertukaran/pemulangan pesanan

Semua pemulangan pesanan mestilah dilakukan dalam keadaan barang BELUM DIPAKAI, BELUM DIBASUH, BELUM DIUBAH KEADAANNYA dengan SEMUA TAG TIDAK DICABUT sahaja.

Semua urusan pemulangan barang mestilah dipos dalam masa 7 hari selepas anda menerima pesanan BESERTA BORANG PEMULANGAN PESANAN.

Semua barang yang dipulangkan (termasuk barangan rosak) yang tidak mematuhi 2 peraturan di atas (1. & 2.) tidak akan diproses oleh kami.

Kami mengenakan bayaran pemulangan barang pada kadar 5% untuk semua barang.

Pembeli mesti menanggung kos pengeposan barang yang dipulangkan kepada kami.

Sila maklum bahawa akan ada perbezaan 0-2.5 cm dalam semua ukuran barang. Ukuran barang yang berbeza dalam jurang ini tidak akan diterima sebagai barang rosak. Sila maklum dengan kemungkinan akan ada perbezaan dengan varians warna barang disebabkan oleh tetapan skrin komputer dan pencahayaan studio. THESBX.COM memaparkan semua barang setepat yang mungkin. Sebarang urusan pemulangan kerana perbezaan varians warna tidak akan diproses oleh pihak kami.

Semua barang tak diseterika sebelum dipos kepada pembeli. Kedutan dan kesan lipatan tidak akan diterima sebagai barang rosak.

Semua pemulangan barang akan diproses oleh Bahagian Pemulangan dan mengambil masa sehinggan 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan barang yang anda pulangkan.

THESBX.COM tidak bertanggungjawab terhadap semua barang THESBX.COM yang dijual oleh pihak ketiga.

Semua barang yang tak dituntut akan dipulangkan semula ke pihak kami dalam masa 60 hari selepas emel notifikasi telah dihantar.

Penjagaan barang

Pembeli dinasihatkan untuk membasuh semua barang yang dibeli dari THESBX.COM dengan basuhan tangan, menggunakan detergen biasa dan air sejuk (melainkan manual produk menyatakan selainnya).

Semua produk tidak dinasihatkan untuk dijemur di bawah cahaya matahari.

Pembeli dinasihatkan supaya menseterika semua barang di bawah tetapan kepanasan rendah ke medium sahaja. Barangan dari fabrik chiffon, sutera atau satin mestilah diseterika melalui stim atau dengan sehelai kain diantara seterika dengan barang tersebut.

Penggunaan laman web

THESBX.COM boleh memaparkan gambar, artikel, informasi, imej digital, teks, data, permainan, bancian, pertandingan, promosi, pengiklanan, logo, hakcipta dan apa jua bentuk konten* yang kami rasakan menarik untuk pelanggan dan pengunjung kami. Konten ini boleh dipapar, dipindah, dikongsi dan disimpan oleh pelanggan dan pengunjung laman web kami. Bagaimanapun hak milik semua konten ini masih menjadi kepunyaan THESBX.COM. Dengan memuat turun atau menyimpan konten kami, ia tak bermaksud pelangan atau pengunjung mempunyai hak kepunyaan terhadap konten kami.

Konten diekstrak dari THESBX.COM, SEMUANYABOLA.COM, www.facebook.com/semuanyabolaofficial, twitter.com/mysemuanyabola, www.instagram.com/semuanyabolaofficial dan diterbit atau dikongsi di semua platform yang memberikan kredit. THESBX.COM melalui syarikat SBX Commerce Sdn Bhd (1236543-A) mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menggunakan kontennya tanpa kebenaran.

* Secara kolektifnya, komposit konten yang meliputi satu atau lebih konten berikut – teks, data, muzik, bunyi, grafik, imej, gambar, fotograf, video, software atau apa jua bentuk konten yang bakal dibuat atau belum dikenalpasti buat masa kini.

SBX Commerce Sdn Bhd (1236543-A) mempunyai hak untuk membuat perubahan terhadap mana- mana terma dan syarat ini.